Google

Sunday, April 1, 2007

Paintball?

Permainan paintball adalah sejenis sukan dimana peserta akan mengalahkan pihak lawan dengan menembak menggunakan paintball. Paintball merupakan spherical gelatin capsules yang mengandungi bahan utama iaitu polyethylene glycol, bahan non-toxic dan water-soluble serta dye. Senjata berkuasa gas mampat iaitu marker digunakan untuk menembak pihak lawan.
Permainan ini boleh dimainkan samada di dalam atau di luar arena. Diantara permainan yang popular adalah woodsball, scenario dan speedball, juga dikenali sebagai tourneyball didalam keadaan tertentu. Undang-undang permainan paintball adalah pelbagai dimana kesemuanya dibentuk bagi memastikan peserta menikmati permainan ini dalam keadaan yang selamat. Permainan juga memerlukan beberapa peralatan tertentu dan setiapnya mempunyai terminologinya tersendiri.
Permainan paintball biasanya melibatkan dua pasukan yang akan mencuba mengalahkan pihak lawan atau mencapai objektif pasukan seperti mendapatkan bendera atau mengeluarkan pemain tertentu. Secara puratanya, permainan yang melibatkan peserta non-professional akan mengambil masa seawal lima minit sehingga setengah jam.

No comments: