Google

Saturday, April 7, 2007

Sejarah Paintball

Paintball pertama telah dihasilkan oleh Syarikat Cat Nelson pada tahun 1950 untuk tujuan penandaan pokok dari jarak jauh. Permainan paintball pertama telah dimainkan oleh dua sahabat didalam hutan Henniker, New Hampshire dan seterusnya ianya dijadikan satu permainan sukan.

Seramai 12 pemain telah memulakan sejarah permainan paintball pada 27 Jun 1981 dengan menggunakan pistol Nel-Spot 007. Mereka ialah Bob Jones, Ronnie Simpkins, Jerome Gary, Carl Sandquist, Ritchie White, Ken Barrett, Joe Drinon, Bob Carlson, Lionel Atwill, Charles Gaines, Bob Gurnsey dan Hayes Noel. Permainan mendapatkan bendera atau Survival ini telah diadakan dikawasan berkayu dengan keluasan 80 ekar.

Sunday, April 1, 2007

Paintball?

Permainan paintball adalah sejenis sukan dimana peserta akan mengalahkan pihak lawan dengan menembak menggunakan paintball. Paintball merupakan spherical gelatin capsules yang mengandungi bahan utama iaitu polyethylene glycol, bahan non-toxic dan water-soluble serta dye. Senjata berkuasa gas mampat iaitu marker digunakan untuk menembak pihak lawan.
Permainan ini boleh dimainkan samada di dalam atau di luar arena. Diantara permainan yang popular adalah woodsball, scenario dan speedball, juga dikenali sebagai tourneyball didalam keadaan tertentu. Undang-undang permainan paintball adalah pelbagai dimana kesemuanya dibentuk bagi memastikan peserta menikmati permainan ini dalam keadaan yang selamat. Permainan juga memerlukan beberapa peralatan tertentu dan setiapnya mempunyai terminologinya tersendiri.
Permainan paintball biasanya melibatkan dua pasukan yang akan mencuba mengalahkan pihak lawan atau mencapai objektif pasukan seperti mendapatkan bendera atau mengeluarkan pemain tertentu. Secara puratanya, permainan yang melibatkan peserta non-professional akan mengambil masa seawal lima minit sehingga setengah jam.